Kau Yang Pertama dan Yang Terakhir


  Nana Syazwani masih menunggu kedatangan Ibunya,  Puan Marlia yang telah berjanji untuk mengambilnya pulang ke rumah sempena cuti akhir tahun ni. Namun sudah hampir  3 jam lamanya dia menunggu, satu bayang-bayang pun tidak kelihatan. Dan masuk kali ini sudah 20 kali nombor handfone ibunya didail, dan sepanjang masa itulah, makcik comel ni yang jawab, "maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi".                                                          
"Ibu ni memang dah tak nak guna handfone ke apa? Better bagi Wani lagi bagus lah ibu, boleh jugak buat main game angrybird tu hah, sekaligus menghilangkan tension bersoal jawab dengan kertas-kertas periksa segala bagai tu" Wani merungut seorang diri di dalam dorm asramanya itu. Tiba-tiba seorang warden asramanya datang memanggilnya dan berkata warisnya sudah sampai untuk menjemputnya pulang. Hah happy kau! Menjerit sakan dia sambil memeluk warden yang bernama Kak Saly itu. Okey tahun akhirkan, tak kan dia nak marah bagai pulak, hahaha. setalah selesai mengambil barang-barang yang telah dipacking olehnya malam tadi,Wana pun keluar sambil menjinjit beg-beg pakaiannya, separuh lagi barangnya dibawa oleh wardennya, "eh baik pulak hati warden ni nak tolong angkat barang aku" Wanibermonolog seorang diri, berkerut-kerut muka Wani sebaik sahaja sampai di hadapan kereta ibunya itu, "eh, kurus pulak ibu aku ni, kok pelik bangat sih, adoi terkeluar dah loghat Indonesia aku" Wani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu, setelah sampai berhampiran dengan kereta itu Wani menyeru nama ibunya
"Ibuuu...." lembut daan manja sekali dia memanggil ibunya, tiba-tiba perempuan itu berpaling, terus terjerit Wani di situ, terkejut warden yang menjinjit barang-barangnya tadi. Perempuan itu menghampiri Wani dan membantu mengutip barang-barang yang terjatuh semasa dia menjerit tadi.
"Wani, are you okey? Kau buat akak terkejut bagai nak tercabut jantung dah kat sini" Nana Syazwana memarahi adiknya itu, ala marah-marah manja je tau, bukan betul-betul pun. Wani masih diam tak berkutik, berdiri tegak macam tiang elektrik seperti tiang elektrik di hadapan asramanya itu.
"Hello...." Wana melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah comel adiknya itu, seketika kemudian barulah Wani tersedar, dia kembali menjerit sambil terlompat-lompat memeluk kakanya itu, dah macam beruk dah lagaknya.
"I miss you so much sis, where have you been? Dah lima tahun tak nampak muka, then tiba-tiba terpacak nak kutip Wani kat sini." Wani masih memeluk kakakknya itu sambil memukul lembut belakang badan kakaknya.
"Kau ni amnesia ke dik? Akak kan belajar dekat Australia tu, kalau setakat cuti 2-3 minggu pun nak kena terbang balik Malaysia, baik takpayah kan? Buat habis duit I je You!" Wana berkata dengan nada gedik yang dibuat-buat sambil meleraikan pelukan mereka. Wani kembali membidas kata-kata kakaknya
"Ala, bukan akak yang bayar tambang pun, suami akak kan ada, mestilah dia yang tolong support akak punya tambangkan? Ouh, so sweet." Wani sudah tersengih-sengih mengungkap kata-kata itu. Wani tahu kakaknya pasti marah kalau membangkitkan perihal suami kakaknya itu, 'kalau dekat rumah ni, mesti lunyai aku kena backhand dengan minah ni, hahaha.' Wani bermonolog lagi.
"Dah lah, marapu je tau kau ni, jom cepat balik rumah, akak pun rindu gila nak hadap muka ibu dengan ayah ni" Wana cuba menutup marahnya dengan berkata sedemikian. Wani membuat muka pelik 'aik...tak balik rumah dulu ke kakak ni? Dari airport then terus datang ambil aku dekat sini? Mana dia dapat kereta ibu ni' belum sempat Wani membuka muulut bertanya Wana terlebih dahulu membuat syarat mata kepadanya yang membawa maksud 'kau jangan banyak bunyi aku tangan jugak sekejap lagi' ya, Wani sememangnya faham akn maksud isyarat mengugut itu, 'ala takpelah, kan masa ada banyak lagi, macam-macam kita boleh korekkan? Hahaha.' Wani sudah tersenyum sambil menganggkat barang-barangnya masuk ke dalam bonet kereta swift  merah itu. Selepas mengucapkan terima kasih dengan warden itu, mereka pun berangkat pulang ke bangglo yang diberi nama "Teratak Armana" sempena nama gabungan mereka sekeluarga. Mereka berborak tentang bermacam perkara di dalam kereta, kecuali mengenai suami kakaknya itu yang merupakan anak kenalan ayah mereka. Wani tahu, kakaknya masih marah dengan keputusan ayahnya yang memaksa kakaknya untuk berkahwin dengan pilihan mereka. Maka untuk menenangkan hati kakaknya telah membuat keputusan untuk menyambung masternya di Australia. Wani masih ingat bertapa sedihnya dia sewaktu Wana mahu meninggalkan bangglo mewah itu. Dan Wani juga telah membulatkan tekad untuk tinggal di asrama yang jauh dari ibu kota itu. Wani juga tahu abang iparnya terkilan dengan sikap kakaknya itu, tapi dia tetap bersabar, kerap juga abang iparnya itu datang melawat dia di asrama itu. Untuk bertanya khabar dia dan kakaknya. Ya sememangnya abang iparnya itu tahu mengenai, Wani yang selau berhubung dengan kakaknya melalui facebook. Tapi tidak pernah sekali pun dia meminta alamat account facebook isterinya itu. Dia tetap cuba bertahan dengan sikap isterinya itu, walaupun sudah lima tahun mereka tidak berhubung. Duit belanja untuk isterinya tetap dimasukkan setiap bulan. Kadang-kadang Wani terfikir, apa yang menyebabkan Wana begitu membenci Adam Saiffulah? Tapi persoalan itu hanya berlegar di benaknya sahaja, tidak pernah dia mengutarakan soalan itu kapada kakaknya.
________________________________________________________________________
  Sedang mereka sekeluarga duduk bersantai sambil menjamah tea petang itu, sebuah kereta porcher berwarna merah masuk ke kawasan parking rumah itu. Wana membuat muka pelik bercampur hairan.
"Ibu kereta siapa pulak tu bu...?" Wana menyoal dengan muka berkerutnya
Mereka semuanya terdiam apabila tuan punya kereta keluar dari kereta mewah itu. Wani yang menyedari situasi itu cepat-cepat menggapai tangan ibu dan ayahnya dan mengheret mereka masuk ke dalam rumah. Mungkin mereka memerlukan privasi untuk berbincang menegenai rumah tangga mereka. Wana mula tidak senang duduk apabila Adam Saifullah berjalan menuju ke arahnya dengan lagak yang cukup tenang. Adam mengambil tempat berhadapan dengan Wana. Dia menghadiahkan sebaris senyuman yang cukup menawan kepada isteri yang amat dicintai itu. Wana terpegun seketika apabila memandang senyuman itu.'Walawei, macho+handsome = awesome! gilaa! berdetak hebat dah jangtung aku ni' Wana bermonolog sendiri sambil membulatkan matanya yang sememangnya sudah sedia  bulat membesar. Adam berasa hairan seketika 'Apahal pulak bini aku ni?' Dia membetulkan duduknya sambil menelan air liur, huih..seram tau tak?
"Wana..." Adam menyeru nama isterinya lembut, tiada respond. Adam mencuba sekali lagi. Juga tiada respond. Masuk kali ketiga Adam nekad untuk menjerit memanggil isterinya itu.
"WANAAAAAAAAAA......" Terus tersedar Wana yang sedang asyik merenung muka suaminya tadi.
"Haa...ya kenapa?" Wana menyoal dalam nada yang kabut. Tiba-tiba...
"Hahahahaha, Wana ni kelakarlah. Penat dah abang panggil, Wana tenung muka abang macam nak terkam tu kenapa? Seram tau..." Adam bantai gelak sambil menekan-nekan perutnya. Wana terpinga-pinga seketika. 'eh dia perasan ke aku tenung dia tadi? Ala, malu lah macam ni. Mana nak sorok muka aku ni?' muka Wana sudah merona merah. 'Alolo comelnya muka dia blushing, bini siapa lah ni' Adam sudah tersenyum-senyum. Bangga tau dapat bini comel macam ni. Seketika masing-masing membisu. Lebih kurang lima belas minit membisu bagaikan patung cendana Adam nekad untuk bersuara.
"Ehem..." Dia berdehem, kasi intro la sikit kan?
Wana mendongakkan sedikit kepalanya, mata mereka bertentangan seketika. Lagi sekali dia terpegun, Ya Allah indahnya ciptaan tuhan depan mata ni. Dia mula rasa bersalah kerana meninggalkan jejaka selama lima tahun lamanya, hanya di sebabkan marah kan ibu dan ayahnya yang membuat keputusan melulu untuk mengahwinkan mereka. Dan tak semena-mena air matanya mengallir, mula-mula hanya mengangis, selepas itu sudah meraung, Adam mula kaget.
"Eh, Wana, kenapa mengangis ni? Abang minta maaf kalau kedatangan abang ni mengganggu Wana, takpe-takpe abang ballik dulu okey? Esok abang datang lagi, Wana jangan lah mengangis lagi, risau abang tengok ni." Adam sudah tidak nampak sebarang jalan lagi melainkan dengan cara mengangkat kaki dan blah dari situ segera. Adam mula mengatur langkah untuk beredar dari rumah itu dengan kadar segera. Belum sempat Adam membuka pintu keretanya, Wana sudah memeluknya dari belakang. Tergamam seketika Adam dengan situasi itu.
"Maafkan Wana abang sebab tak pernah nak faham perasaan abang. Wana terlalu mengikut kata hati Wana yang sedang marahkan ibu dan ayah waktu itu. Wana...Wana takkan tinggalkan abang lagi, Wana janji, Wana janji takkan tinggalkan abang lagi, betul Wana janji bersungguh-sungguh ni." Wana sudah tersedu-sedan mengucapkan kata-kata itu. Sesungguhnya dia sangat menyesal dengan tingkahnya yang terdahulu. Adam memusingkan badannya menghadap Wana.
"Abang dah lama maafkan Wana, abang faham, memang sepatutnya Wana marah dengan keputusan tu, kalau abang di tempat Wana, mungkin lagi dasyat keputusan yang abang akan buat. Mungkin abang akan tuntut cerai sehari selepas menikah. Tapi Allah takdirkan abang bukan Wana, sesiapa juga akan membuat keputusan yang dirasakan cukup 'bijak' semasa situasi begini berlaku kan? Dah, jangan menangis lagi, hati abang pedih tau, dah macam kena tusuk dengan pedang dah ni" Adam cuba berjenaka. Wana tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu. 'Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan ini, aku akan menjaga bidadaariku ini sehingga hujung nafasku.' Adam berdoa di dalam hatinya. Sedang  mereka tenggelam dalam perasaan indah itu tiba-tiba Wani yang memerhati di sebalik langsir, menjerit dan berkata,
"Cukup-cukuplah nak berdrama bagai tu, masuk rumah cepat dah maghrib dah ni,"
serentak itu Adam dan Wani menjerit
"Nana Syazwaniiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"
________________________________________________________________________
5 BULAN KEMUDIAN...
"Sayang, lama lagi ke dalam tandas tu, abang risau la"
Wana membuka pntu tandas itu. Mukanya kelihatan pucat tidak bermaya, Adam memimpin tangannya dan mendudukkannya diatas katil.
"Kita pergi kliniklah, okey? Dah seminggu muntah-muntah macam ni, abang rasa tak sedap hati lah. Nak buat kerja dekat offfice pun tak senang duduk. Kita pergi klinik ye?" Adam cuba memujuk lembut isterinya. Dia amat arif dengan perangai isterinya yang takutkan hospital+klinik+doktor = ubat-ubatan. Macam semua itu boleh menyebabkan dia mati terkejut je = ="?
"no, no,no, it's okey. Abang pergilah kerja, nanti tak fasal-fasal kena tendang kan? Macam mana kita nak hidup nanti? Hah...kan susah  macam tu? Abang pergi okey?" Wana cuba memujuk dengan menggunakan alasan kebudak-budakan itu.
"Sayang? Did you out of your mind? Abang bos besar AN Holding kan? Lupa ke? Ni satu lagi yang abang musykil ni, kenapa semenjak dua menjak ni, sayang macam tak meatured je abang tengok?" Adam merenung tajam muka isterinya yang dirasakan semakin comel itu.
"Eh? Yeke? Ala, perasaan abang je tu, banyak tengok drama kod abang ni. Wana rasa biasa je, tak ada yang berubah pun." Wana masih ligat mencari helah untuk tidak mengikut suaminya ke klinik. Tak jauh mana pun kiniknya, dekat hujung simpang tu je hah, saja je cari alasan tak nak pergi bagai kan?
"Herm, abang dah buat keputusan! Kita akan ke klinik sekarang juga!" Adam mencapai blaus pink dan tudung berona sama untuk isterinya. Dia memberikanblaus dan tudung itu kepada isterinya.
"Ala, taknak lah warna pink, nak warna merah, abang tolong ambilkan yang warna merah okey? Kalau tak Wana taknak pergi! Noktah." Dia buat lagi perangai tak meatured dia tu. Adam hanya menurut sambil pergi ke almari dan mencapai blaus merah yang di maksudkan isterinya tadi.
"Nah, cepat sikit siap abang tunggu dekat bawah ye?" Adam berjalan menuju ke pintu untuk turun ke ruang tamu rumah mereka.
"Abang..." Adam berpusing memandang isterinya semula.
"Kenapa?"
"Tudungnya mana?"
Adam hampir pengsan mendengar soalan itu, adoi lah bini aku ni, ambil lah sendiri dalam almari tu, bukan jauh pun bangun je lah sekejap. haihlaa... Adam kembali semula ke almari untuk mengambil tudung buat isterinya.
"Okey sayang, nak apa-apa lagi ke?" Adam menyoal sambil memberikan tudung tadi kepada isterinya. Wana tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Adam kembali membuka pintu dan turun untuk menunggu isterinya di ruang tamu bawah.
________________________________________________________________________
"Tahniah Encik Adam Saifullah, Puan Nana Syazwana mengandung almost 3 months! Congrate again." Pengesahan itu dibuat oleh Doktor Maimun. Mata Adam berkaca terus dia memeluk isterinya di sebelah.
"Alhamdulillah, terima kasih sayang ! I'm gonna be a dady and you gonna be a mummy! Wou... excitednya rasa!"
Wana yang baru tersedar turut menangis bersyukur dan terharu dengan berita itu. Sampai sahaja di hadapan pintu kereta terus dia menghubungi adiknya Nana Syazwani.
"Wani I'm gonna be a mum! happynya kakak rasa."
Hampir pecah gegendang telinga Wana akibat jeritan Wani yang terover excited di sana.
"Ibu cakap, dia suruh kakak dengan abang balik malam ni, ayah nak buat kenduri kesyukuran for the new baby!" Wani bersuara ceria.
"Okey, nanti petang kami sampai" Wana mematikan talian. Mereka sempat membeli sedikit buah-buahan untuk majlis malam ini.
________________________________________________________________________
   Selesai sahaja majlis malam itu, Wana diarahkan berehat di bilik atas. Dia berasa sangat letih. Semenjak berbadan dua ni, dia selalu sahaja berasa letih. Adam masuk ke bilik sejam kemudian.
"Penatnya rasa." Adam mengeluh sedikit.
"Abang penat ya? Nak Wana urutkan?" Wana turut bersimpati dengan suaminya yang kelihatan sungguh mengantuk. Sebenarnya Wana juga letih, tetapi di gagahkan diri untuk tidak terlelap dahulu.
"Eh tak payah lah. Wana nanti nak taruk nama apa dekat baby kita ni?" Adam sudah bersila diatas katil sambil melentokkan kepala Wana diatas ribaannya.
"Abang tanya Wana? Erm...kalau anak kita lelaki, Wana nak letak nama Adam Hanafi, kalau anak perempuan abang pulak bagi nama okey? Abang nak letak nama apa kalau perempuan?" Wana menyoal suaminya kembali.
"Kalau abang senang je, letak je nama Peah ke, Munah ke, Bedah pun okey juga." Wana memukul dada suaminya, tindakan refleks yang tak di sengajakan.
"Apa lah abang ni. Kuno betul, ada ke nak letak nama anak kita macam tu, malas lah nak tanya pendapat abang, nanti yang lelakinya entah nama apa pulak diletaknya." Wana sudah membuat duckfacenya. Adam tergelak melihat muka isterinya itu.
"Hahaha, comellah isteri abang ni, okey lah, kalau anak perempuan abang nak letak nama Nur Nana Imani. Sedap tak? Herm, tapi kalau Wana nak letak nama lain pun abang okey je, tak jadi masalah pun."
"Erm, nice name. tapi kesian lah bakal hubby dia nak akad nikah nanti mesti berbelit lidah macam abang akad nikah dulu, subhanallah sampai tiga kali baru lepas." Wana slumber mengutuk suaminya secara terang lagi bersuluh. Adam mencubit pipi isterinya.
"Eh abang dulu ada sebab okey, abang gabra sangat masa tu, lagi pun itukan first time abang sebut nama Wana. So, it's okey lah kan? Lagi pun nama ayah sayang pun susah nak sebut Nana Syazwana Binti Muhammad Syed Arman Naquidin. Hah susahkan?" Adam masih cuba membela dirinya. Malulah ungkit kisah silam yang lawak tu.
"Hahaha, abang dah blushing.  Hebatkan panangan cinta Wana?"
"Yelah sayang ku Nana Syazwana Muhammad Syed Arman Naquidin oi, dah tidur cepat. Baby dah merungut dah dalam perut tu, nak tidur pun tak senang dengar mulut mummy dia cot-cet, cot-cet." Adam meletakkan kembali kepala Wana yang dipangku tadi di atas bantal sebelahnya.
Adam Saifullah kemudiannya keluar berdiri di balkoni biliknya. Dia merenung dada langit yang kelihatan sangat cantik malam itu. 'Terima kasih ya Allah di atas kurniaan yang engkau berikan padaku, terima kasih kerana menguatkan semangat aku untuk terus menunggu bidadariku ini. Y Allah Engkau peliharalah kehidupan kami sekeluarga dengan nur islam-Mu ya Rabb. Semoga Cinta dan kasih ku buat Nana Syazwana akan berkekalan sehingga ke syurga-Mu ya Allah, Amin ya rabbal alamin.'
-TAMAT-
 P/S: ini adalah karya saya yang pertama, sebarang comment yang membina sangat-sangat saya alu-alaukan :) Do wish me luck !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HATI RABAK

HATI LAGI